Episodios

  • JOYY | Keluar daripada kesusahan dengan sokongan orang Singapura
    Jul 15 2024

    Afiq atau Joyy, seorang warganegara Malaysia bekerja di Singapura selama 10 tahun. Sambil bekerja beliau muatnaikkan content di TikTok dan mempunyai ribuan penyokong. Kemudian semasa beliau menghadapi kesusahan yang teramat sangat, beliau berusaha berniaga dan penyokongnya dari Singapura yang banyak membantu. Dengarkan cerita Joyy dan bagaimana beliau membina syarikatnnya Joyy Colony Empire.

    Episod kali ini juga penuh dengan nasihat bagi mereka yang teringin bekerja dan mencari rezeki di Singapura.

    Support the Show.

    Más Menos
    1 h y 10 m
  • Den Sabari hampir dirompak namun peristiwa itu membuka peluang bertemu Datuk Yusof Haslam
    Jun 12 2024

    Sudah lama dia tak menampilkan diri di kaca TV. Den mengongsi bagaimana dia mula berlakon dan pengalamannya dapat peluang bekerja dengan Datuk Yusof Haslam. Dalam episode Diari Ayah kali ini, kami mengenali lebih lanjut lagi Den Sabari seorang yang kenal erti ‘survival’ dalam hidup dan bagaimana beliau berhijrah daripada seorang pelakon menjadi seorang usahawan. Seorang ayah dan suami kepada hos terkenal Huda Ali yang sentiasa berusaha demi keluarga.

    Support the Show.

    Más Menos
    1 h y 33 m
  • Diari Ayah: Shahz Jaszle
    May 28 2024

    Shahz Jaszle, seorang pelakon dan usahawan dari Malaysia, mengupas tentang apa yang memberinya motivasi untuk terus mengembang sayapnya dan capai cita-citanya. Shahz juga mengongsi nasihat dan mengenang detik detik bersama arwah ayahnya yang telah membentuknya untuk menjadi siapa dirinya sekarang.

    Support the Show.

    Más Menos
    38 m
  • Mencari anak setelah 17 tahun terpisah
    May 24 2024

    Hairul, seorang ayah bekas banduan menceritakan pengalaman hidupnya keluar-masuk penjara sejak umur 14 tahun. Dengan niat untuk berubah, Hairul telah membuat beberapa penyesuaian dalam hidupnya untuk balik ke pangkal jalan. Semangat dan sifat tak berputus asa disokong followers di media sosial.

    Support the Show.

    Más Menos
    49 m
  • Diari Ayah: Cara kecilkan Inner Circle kita
    Apr 19 2024

    Hati-hati bila memilih bulatan kecil (inner circle) kita. Bagaimana pilih Inner Circle kita dan yang paling penting sekali cara kita kecilkannya? Apa ukurannya? Podcast ini membantu membuat penilaian.

    Support the Show.

    Más Menos
    38 m
  • Diari Ayah : Saharudin Jalil, Drummer, Lovehunters
    Apr 14 2024

    Dalam episod Diari Ayah kali ini, kami kupas perjalanan drummer lovehunters, Saharudin Jalil sepanjang kerjayanya. Kita juga ketahui bagaimana beliau membesarkan anak-anak hingga ke universiti dan cara dia mengelak unsur-unsur yang tidak baik yang wujud dalam industri muzik.

    Support the Show.

    Más Menos
    1 h y 9 m
  • Kisah Sofia
    Mar 3 2024

    Selama 6 tahun 'Sofia', bukan nama sebenar, tidak dapat tidur dengan suaminya atas penderaan yang beliau lalui. Apakah tanda pasangan yang 'abusive' ini. Bolehkah kita kenalpasti sebelum berumahtangga? Dengarkan pengalaman Sofia.

    Jika anda hadapi keganasan keluarga atau kenal sesiapa yang melaluinya hubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 1800-777-0000 atau pihak polis.


    Support the Show.

    Más Menos
    25 m
  • Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri
    Dec 19 2023

    Diari Ayah : Dato' Sri Aliff Syukri yang dirakam di Singapore Expo semasa Gegar Fest. terima kasih Eventify kerana bantu aturkan temuramah ini

    Support the Show.

    Más Menos
    57 m