Sembang Petang  By  cover art

Sembang Petang

By: YB Viral
  • Summary

  • Podcast oleh team Pempengaruh & Aktivis Isu Rakyat Paling Lantang di Malaysia yang kini menjadi team Penggerak DEMI NEGARA. Sembang Petang adalah Podcast Isu Rakyat & Politik pertama di Malaysia yang distrimkan secara langsung setiap Isnin hingga Jumaat melalui TikTok & YouTube. Diketuai oleh YB Viral, team ini turut menampilkan Mak Iban Olivia aka SZO, Dayangku Intan, Zam Yahaya, Nazrin Norani, Anas Jalil, Armand, Ruk Rosman, Papa Berry, YiMa Nas dan ramai lagi. Amaran: Podcast mungkin mengandungi bahasa kesat; hanya sesuai untuk orang dewasa yang berfikiran terbuka!
    YB Viral
    Show more Show less
activate_primeday_promo_in_buybox_DT
Episodes
  • DIGITAL ID - RAKYAT YAKIN KERAJAAN MADANI BAKAL SALAHGUNA DATA PERIBADI?
    Dec 2 2023
    Dalam podcast kali ini, YB Viral, Anas Abdul Jalil dan Armand berbincang mengenai isu hangat yang menggusarkan Rakyat pada masa ini – iaitu pelaksanaan Digital ID. Apa yang Rakyat risau adalah adakah Kerajaan Madani akan menjaga maklumat peribadi Rakyat? Seperti apa yang berlaku dalam skandal Insan Selangor, Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan dan membekalkan data peribadi warga Selangor yang diambil dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah syarikat swasta yang bukan di bawah kawalannya untuk mendaftar warga Selangor dalam skim insurans bukan Takaful tanpa kebenaran mereka. Kerajaan Madani juga telah menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat konten para pengkritik Kerajaan Madani dan Malaysia telah menjadi negara ke-4 terbesar di dunia di mana Kerajaan telah mengarah TikTok untuk menurunkan konten anti-Kerajaan. Jom sokong gerakan DEMI NEGARA dengan subscribe Telegram Channel: t.me/BantuDemiNegara #YBViral #SuaraSemakImbang #DemiNegara #RakyatJagaRakyat #JanganJadiMacaiPolitikus [podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 1 Disember 2023]
    Show more Show less
    38 mins
  • TATAKELlWAT DI JK0M - SIAPA DI BELAKANG WAHAB???
    Dec 1 2023
    Dalam podcast kali ini, YB Viral, Zam Yahaya dan Armand bersembang mengenai skandal A&W, kritikan Anwar terhadap kesahihan dapatan tinjauan Merdeka Center, kenyataan Mat Sabu mengenai keengganan India untuk mengeksport beras ke Malaysia, sindiran Rafizi Ramli terhadap “walaun yang shopping di New York” mengenai isu nilai Ringgit yang lemah dan isu-isu hangat semasa yang lain. #YBViral #SuaraSemakImbang #DemiNegara #RakyatJagaRakyat #JanganJadiMacaiPolitikus [podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 30 November 2023]
    Show more Show less
    1 hr and 24 mins
  • YB VIRAL TUBUHKAN SKUAD BEDAK JILAT PMX?
    Nov 27 2023
    Adakah budaya taksub kepada PMX amat padah dalam PKR? Pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini, rata-rata perbahasan perwakilan PKR dilihat lebih kepada memuji-muji Presiden Anwar Ibrahim, dan mereka tidak langsung membahaskan isu rakyat. Dalam podcast kali ini, YB Viral, SZO Mak Iban Olivia dan Anas Abdul Jalil berbincang mengenai isu ini dan hal-hal ehwal semasa yang lain. #YBViral #SuaraSemakImbang #DemiNegara #RakyatJagaRakyat #JanganJadiMacaiPolitikus [podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 27 November 2023]
    Show more Show less
    1 hr and 26 mins

What listeners say about Sembang Petang

Average customer ratings

Reviews - Please select the tabs below to change the source of reviews.